Melihat rakan sekerjanya yang menghidap Down Syndrome dimarahi pelanggan, ini yang dilakukan oleh seorang lelaki, anda pasti akan tersentuh!

Di suatu tempat di Pantai Timur di Amerika Syarikat, ada seorang lelaki muda berusia 20-an yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di sebuah kampus. Lelaki yang bernama Kevin itu bekerja keras sama seperti rakan-rakannya yang lain dan melakukan tugasnya dengan baik. Dia menyimpan stok, mengendalikan inventori dan kadangkala, membantu para juruwang. Jika sekali pandang semuanya nampak normal tetapi hakikatnya Kevin sebenarnya menghidapi Down Syndrome. Walaupun dia mempunyai ‘keistimewaan’ tersebut namun tiada apa yang menghalangnya untuk menjadi seorang pekerja yang baik.

Dia mungkin tidak padai dalam pelajaran seperti rakan-rakannya yang lain namun jika dalam pekerjaannya dia sangat cekap. Perkara itu membuatkan rakan-rakan sekerjanya senang bekerja dengannya.

Pada suatu hari, sebuah kejadian yang tidak diingini berlaku. Seorang pelanggan telah mengganggu dan menghina Kevin dengan mendakwan Kevin bekerja dengan lambat sehingga membuatkannya terpaksa beratur lama. Kevin mula berasa tidak selamat dan terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu.

Pada hari itu juga Kevin bekerja bersama rakannya, Andrew yang merupakan seorang juruwang. Tibalah pada waktu puncak, apabila suasana menjadi sangat sibuk dengan kedatangan para pelajar untuk mendapatkan makanan tengah hari mereka. Ketika itu Kevin membantu Andrew untuk membungkuskan barangan para pelanggan.

Ketika itulah, seorang pelanggan wanita masuk ke kedai dan membeli beberapa jenis makanan ringan. Dia kemudian beratur untuk membayar barangannya. Terdapat seorang pelanggan di hadapannya dan Andrew mengimbas barang-barang pelanggan sementara Kevin membantu membungkus barangannya.

Walau bagaimanapun, pelanggan wanita itu tidak boleh sabar lagi apabila dia melihat Kevin bekerja dengan perlahan 


Untuk tujuan ilustrasi sahaja

Oleh kerana dia tidak dapat menahan sabar lagi, wanita itu berteriak kepada Kevin, “Ya Tuhan! Tidakkah kamu boleh menjadi lebih perlahan? Cepat sedikit! “

Pelanggan yang berada di hadapannya dengan segera menjawab, “Saya hampir selesai.”

Tidak disangka-sangka, kata-kata tersebut telah membuatkan wanita itu menjadi lebih marah.

“Anda tahu bahawa anda tidak normal dan perlahan jadi mengapa anda masih perlu bekerja di sini seperti orang biasa?” Wanita itu berteriak lagi


Untuk tujuan ilustrasi sahaja

Apabila mendengar penghinaan itu, Kevin cuba berlagak biasa dan mengabaikan kata-kata wanita yang kasar itu. Dia dengan cepat memasukkan barangan pelanggan ke dalam beberapa beg plastik dan berusaha sebaik mungkin untuk bekerja lebih cepat.

Wanita itu kemudian berteriak lagi, “Mengapa anda tidak membawa barang-barangnya ke kereta? Perkhidmatan anda sangat teruk! Siapa pengurus anda? Panggil dia sekarang! “

Walaupun Kevin terasa hati dengan kata-kata wanita itu dia tetap tenang dan menghormati wanita itu. Tetapi bagi Andrew apa yang dilakukan oleh wanita itu adalah sesuatu yang tidak sopan dan dia tidak dapat menerima apa yang dilakukan wanita itu terhadap kawannya.

Akhirnya, tibalah giliran wanita itu untuk membayar makanannya dan tiba-tiba Andrew berkata, “Selamat tengah hari. Maaf, kami tidak berkhidmat kepada orang yang tidak sopan dan kami juga tidak menerima tingkah laku diskriminasi terhadap kakitangan kami. Anda boleh meninggalkan makanan anda dan kedai ini sekarang juga. “


Untuk tujuan ilustrasi sahaja

Kemudian, Andrew meminta wanita itu ke tepi dan memanggil pelanggan seterusnya untuk ke hadapan dan membayar barangan mereka.

Wanita itu menjadi marah dan terus menjerit jerit ke arah Andrew dan Kevin dengan mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap mereka. Akhirnya, mereka terpaksa memanggil pengawal keselamatan untuk membawa wanita itu keluar dari kedai.

Andrew kemudian mendapat tepukan dan pujian daripada pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu. Mereka memujinya kerana sikap profesionalnya dan dia tetap membela rakan sekerjanya yang dihina oleh wanita itu.

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru