Main Duit Kutu HARAM !!! Ramai Yang Main Terutama Wanita Dan Kebanyakkan Ibu.. Ni Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Permainan duit kutu sangat popular dalam kalangan suri rumah di mana seorang ketua akan dilantik untuk menjadi penjaga dan pengumpul duit dari ahli-ahli yang menyertai sesebuah kumpulan duit kutu. Ahli-ahli akan menunggu giliran untuk mendapatkan duit yang terkumpul dan akan menjadi kaya dalam sekelip mata apabila giliran tiba (keh! keh! keh!).

Tapi ingat, masih ada ahli lain juga yang turut sama menunggu giliran seprti anda. Jadi, bayarlah dengan penuh disiplin dan jangan pernah lari dari tanggungjawab dan komitmen anda.

Bukan hanya duit, kumpulan duit kutu juga ditubuhkan untuk membeli barangan yang berjenama dan emas. Semakin hari, semakin ramai menubuhkan kumpulan kutu baik secara online mahupun secara offline.

Tidak dapat dinafikan, duit kutu sangat membantu seseorang untuk mengurangkan beban hidup dan mungkin juga untuk membeli sesuatu yang diidam-idamkan.

Hukum Dan Cara Sebenar Bermain Duit Kutu Menurut Islam Seperti Yang Disyorkan Ustaz Azhar Idrus

Namun, apakah hukum dan cara sebenar bermain duit kutu? Jom kita telusuri kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya anda memutuskan untuk bermain duit kutu.

Soalan:

Apakah hukum main duit kutu?

Jawapan:

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan:

“Saya berhutang kepada awak semua”

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan:

“Saya bayar hutang awak”

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

“Saya terima hutang awak semua kpd saya”

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam.

Tonton video penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang permainan duit kutu di bawah.

KENAPA NAMA DIA KUTU?

‘MAIN kutu’, biasanya disertai oleh individu atau kumpulan yang mempunyai tujuan membeli sesuatu atau membuat pembayaran dalam jumlah besar.

Permainan kutu atau juga dipanggil sebagai cheetu, chit fund, hwei, tontine dilihat sebagai alternatif yang cepat bagi mencapai matlamat berkenaan, mana tidaknya kalau 10 pemain, setiap bulan RM200, sudah pasti RM2,000 dalam genggaman!

Main kutu: Halal atau haram?

Namun, sejauh mana kesucian dan bersihnya skim ini sering jadi tanda tanya. Ada yang tanpa ragu dan ada yang dalam ragu-ragu menyertai juga dek perlukan sejumlah wang segera.

Persoalan yang boleh dibincangkan ialah, bagaimana jika salah seorang peserta tidak membayar kepada ahli? Ini mungkin boleh membawa kepada wujudnya perbalahan dan pergaduhan.

Bagaimana pula permainan kutu ini dalam undang-undang negara? Adakah ia menyalahi peraturan?

Justeru, akad yang kemas perlu dilakukan jika mahu skim ini berlandaskan tolong menolong dan kepercayaan agar terelak daripada sifat gharar atau risiko serta ketidaktahuan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada haram menggunakannya.

Sumber: SinarHarian