Buat Laki Bini, Macam Inilah Cara Cukupkan Duit Belanja Setiap Bulan

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan.

Walaupun dah siap-siap asingkan duit untuk simpanan sebelum dibelanjakan, masih digalakkkan supaya sentiasa amalkan cara jimat belanja yang betul supaya boleh penyimpan dengan lebih banyak.

Maksudnya, di samping amalkan konsep (pendapatan – simpanan = perbelanjaan), pada masa sama turut amalkan konsep (baki pendapatan – perbelanjaan = simpanan)

Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.

Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat…

1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.

2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.

3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.

4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu

5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.

6. Suruh suami pergi beli barang dapur sebab selalunya orang lelaki jarang merayau-rayau. Mereka selalunya akan beli semua dalam list dan terus balik.

Rancang terlebih dahulu barangan dapur

1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.

2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.

4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.

5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli barang secara bajet

Amalkan Teknik 30 Hari untuk item yang mahal seperti TV, handphone, perabot, laptop. Teknik ini adalah dengan menahan diri membeli sesuatu item selama 30 hari. Sekiranya dalam tempohi 30 hari anda dah lupa tentang item yang anda nak beli, maksudnya anda tak perlukan item itu. Teknik ini sangat power dan mampu menjimatkan banyak duit anda.

Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.

Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.

Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.

Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.

Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun.

Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.

Berhenti minum kopi jenama mahal (contohnya Sta*buck*). Tak perlu stailo nak menunjuk pada orang yang kita ini minum air kopi mahal.

Selalunya minum kopi mahal ini nak menunjuk sahaja sebab kadang-kadang air kopi dah habis pun masih ke sana sini dengan gelas kosong tu. Satu kopi dah RM 20. RM 20 X 10 hari X 12 bulan = jimat RM 2,400!

Bayar pinjaman atau bil kad kredit sebelum due date untuk elakkan interest. Ada 2 kesan membayar lambat atau skip bayaran:

Late interest charge (kebanyakan kes RM30 sekali lambat, ini average)
Interest boleh berubah sekiranya sering skip bayaran. Kesannya, tempoh pinjaman menjadi lebih lama daripada sepatutnya (dari 3% naik 4% naik 5% dan seterusnya)

Sewa Atau Beli Rumah?

Anda duduk rumah sewa? Ukur jarak dari tempat tinggal anda sekarang dengan tempat kerja? Jauh atau tidak? Berapa anda sewa sekarang? Adakah anda akan lebih jimat kalau beli rumah sendiri?

Contohnya, apartment.

Anda sewa: RM800 sebulan
Harga pasaran apartment sekarang: RM 150,000

Berapa installment kalau beli apartment itu?
Cara kiraan kasar 100k = RM 500 bulanan, 200k = RM 1,000 bulanan, 300k = RM 1,500 bulanan

Jadi, untuk apartment RM 150k = RM 750 sebulan
Anda dah jimat RM 50!

Mungkin anda rasa tak banyak RM50 sebulan tetapi anda juga perlu tahu kebanyakan tuan rumah selalunya akan menaikkan kadar sewa setiap 2 tahun atau kemungkinan menjual rumahnya kepada orang lain.

Anda mungkin tak akan dapat kadar sama kalau berpindah di unit yang baru kerana owner akan kenakan penyewa baru dengan kadar sewa semasa.

Tetapi, soal membeli rumah bukan senang kerana anda perlu menyediakan duit 10% untuk deposit, 3% untuk lawyer dan stamp duty, dan 2%-3% untuk perjanjian bank dan insurans/takaful

Dalam kes di atas, anda perlu menyediakan dalam 16% = RM 24k

Cara yang saya boleh cadangkan, buat muka tebal, dan menumpang selama 2 tahun di rumah keluarga atau saudara mara berdekatan tempat kerja anda secara percuma. Beritahu masalah anda dan sponsor sedikit duit dapur atau bil elektrik atau air.

2 tahun sekejap sahaja, anda cuma perlu tahan dalam tempoh waktu itu sahaja.

Anda boleh jimat RM 800 sebulan = RM 800 x 24 = RM 19.2k

Jadi, anda cuma kurang dalam 5k sahaja yang saya pasti dengan anda berjimat kategori lain, anda boleh dapatkan 5k itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: sehinggit